Thursday, November 20, 2014

[ AWAS!!!BAHAYA TULANG RAPUH ]

Jom tengok perbezaan tulang yang normal dan tulang rapuh atau dikenali sebagai Osteoporosis.
Anda nak tulang yang sihat ke atau tulang yang banyak lubang2 besar????Ok mari sy kongsikan apa tu tulang rapuh.

Biasanya terjadi di kalangan wanita akibat tidak mengambil kalsium secukupnya dalam badan. Ia akan lebih serius bila meningkat usia. Masa sekarang memang tak rasa. Ramai tak suka minum susu kan..salah satu sumber kalsium dari susu.....

APA ITU OSTEOPOROSIS?

OSTEOPOROSIS adalah satu keadaan dimana seseorang telah mengalami kehilangan kepadatan tulang dan mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.
Apabila usia semakin meningkat, anda akan mengalami kekurangan kepadatan tulang dan menyebabkan tulang menipis.Bila tulang semakin menipis, tulang lebih mudah jadi rapuh dan mudah patah terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul

Tulang adalah tisu hidup yang membaik sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat),
Bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang.Tambahan lagi, tulang yang dibaiki diperteguhkandengan pelbagai zat protein dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuklah kalsium,fosforus,protein

Tulang yang sihat mempunyai kepadatan yang lebih tumpat dan ruangan diantara tulang adalah kecil berbanding mereka yang mempunyai masalah tulang rapuh.

FAKTOR-FAKTOR OSTEOPOROSIS

Kekurangan kalsium terutama mereka yang tidak minum susu yang merupakan pembekal utama kalsium
Merokok - wanita yang merokok 'membantu' menurunkan tahap estrogen secara tidak langsung menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sebelum putus haid
Minuman Alkohol
Genetik - kajian mendapati 60% peratus kes osteoporosis disebabkan faktor genetik
Berat badan kurang - mereka yang terlalu kurus berpontensi menghidap osteoporosis

PENCEGAHAN

Mencegah lebih baik dari merawat. Hal ini disebabkan Osteoporosis tiada rawatan yang spesifik hanya gaya hidup dan pemakanan yang sihat dapat membantu memperlahankan penyakit tersebut.Antara kaedah pencegahan seperti:

1) Melakukan senaman untuk mengukuhkan kepadatan tulang seperti :
berjogging
lompat tali(skipping)
berenang
tenis
senaman aerobik
melompat atas dan bawah ditempat yang sama
berjalan perlahan
menaiki tangga 10 kali sehari
2) Mengekalkan gaya pemakanan yang sihat seperti:
Mengambil makanan yang tinggi zat kalsium(sekurang-kurangnya 1,000mg)
Berhenti merokok
Had pengambilan minuman alkohol
Mengambil Vitamin D - membantu tubuh menyerap kalsium

Ok dah tau pentingnya pengambilan kalsium.. Mesti ramai yang tak suka minum susu kan...saya pun bukan penggemar susu pun. Jadi mujur ada pil kalsium yg mudah ditelan macam Ostematrix ni. Pengambilan sehari 4biji sahaja untuk lengkapkan pengambilan kalsium sehari.

Jom jaga tulang kita dari awal ni tau.. supaya takdelah rapuh dan bongkok2 dah tua nanti...

Pengedar Sah Shaklee Besut



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥